Резюме на епизода
Najib dah balik rumah — tapi rumah tu sekarang dah jadi penjara. 🏠🔒 Episod 32 Sembang KS, dirakam dari meja 13A kedai mamak paling dekat dengan rumah penulis kami.Kenapa mamak? Sebab skrip ni baru siap ditulis saat-saat akhir… dan rupa-rupanya ada orang ingat kedai mamak ni perpustakaan. 🤫 Jadi kali ni kami sembang perlahan sikit — tapi isunya tetap kuat.⏱️ Timestamps00:00 Intro — "Diam!!" dari meja 13A03:14 Kecil hati di Dewan Rakyat05:28 Tahanan rumah Najib Razak16:47 Anthony Loke: letak jawatan… atau belum?20:57 PRN Melaka: Sorotan Musim27:07 Jejantas SMK Bukit Rambai28:41 Fazley & Datuk Seri Vida31:42 Deep Dive: KLSCAH📌 Antara topik yang dibincangkan:💌 Kecil Hati Sebab Tak Dapat Kad Kahwin?Pusat data, harga barang, keadaan pusat kesihatan — dalam banyak-banyak isu, apa yang buat seorang menteri dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat kecil hati? Tak dapat jemputan ke majlis Bella Astillah dan Syed Saddiq. Padahal yang peruntukannya ditarik 4 tahun pun tak kecil hati. 😅🏠 Najib, RM50 Juta & Penjara Paling Selesa…
Najib dah balik rumah — tapi rumah tu sekarang dah jadi penjara. 🏠🔒 Episod 32 Sembang KS, dirakam dari meja 13A kedai mamak paling dekat dengan rumah penulis kami.Kenapa mamak? Sebab skrip ni baru siap ditulis saat-saat akhir… dan rupa-rupanya ada orang ingat kedai mamak ni perpustakaan. 🤫 Jadi kali ni kami sembang perlahan sikit — tapi isunya tetap kuat.⏱️ Timestamps00:00 Intro — "Diam!!" dari meja 13A03:14 Kecil hati di Dewan Rakyat05:28 Tahanan rumah Najib Razak16:47 Anthony Loke: letak jawatan… atau belum?20:57 PRN Melaka: Sorotan Musim27:07 Jejantas SMK Bukit Rambai28:41 Fazley & Datuk Seri Vida31:42 Deep Dive: KLSCAH📌 Antara topik yang dibincangkan:💌 Kecil Hati Sebab Tak Dapat Kad Kahwin?Pusat data, harga barang, keadaan pusat kesihatan — dalam banyak-banyak isu, apa yang buat seorang menteri dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat kecil hati? Tak dapat jemputan ke majlis Bella Astillah dan Syed Saddiq. Padahal yang peruntukannya ditarik 4 tahun pun tak kecil hati. 😅🏠 Najib, RM50 Juta & Penjara Paling Selesa…
Епизоди
EP 32 #SembangKS | Pejabat, Rumah dan Dewan
СлушаноNajib dah balik rumah — tapi rumah tu sekarang dah jadi penjara. 🏠🔒 Episod 32 Sembang KS, dirakam dari meja 13A kedai mamak paling dekat dengan rumah penulis kami.Kenapa mamak? Sebab skrip ni baru siap ditulis saat-saat akhir… dan rupa-rupanya ada orang ingat kedai mamak ni perpustakaan. 🤫 Jadi kali ni kami sembang perlahan sikit — tapi isunya tetap kuat.⏱️ Timestamps00:00 Intro — "Diam!!" dari meja 13A03:14 Kecil hati di Dewan Rakyat05:28 Tahanan rumah Najib Razak16:47 Anthony Loke: letak jawatan… atau belum?20:57 PRN Melaka: Sorotan Musim27:07 Jejantas SMK Bukit Rambai28:41 Fazley & Datuk Seri Vida31:42 Deep Dive: KLSCAH📌 Antara topik yang dibincangkan:💌 Kecil Hati Sebab Tak Dapat Kad Kahwin?Pusat data, harga barang, keadaan pusat kesihatan — dalam banyak-banyak isu, apa yang buat seorang menteri dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat kecil hati? Tak dapat jemputan ke majlis Bella Astillah dan Syed Saddiq. Padahal yang peruntukannya ditarik 4 tahun pun tak kecil hati. 😅🏠 Najib, RM50 Juta & Penjara Paling Selesa…
EP219 | PRN Melaka 2026: Post-Match Analysis
СлушаноEpisod 219 Keluar Sekejap membincangkan analisis keputusan PRN Melaka 2026 yang menyaksikan kemenangan besar blok BN-PN, manakala PH hanya memenangi empat kerusi. Apakah faktor di sebalik keputusan ini? Sejauh mana kerjasama BN-PN, pemindahan undi dan perubahan sentimen pengundi mempengaruhi keputusan? Kami turut mengupas prestasi DAP, PKR, BERSATU dan BERSAMA, serta implikasi keputusan ini terhadap politik nasional, Kerajaan MADANI dan percaturan menjelang PRN Sarawak serta PRU akan datang. Episod 219 Keluar Sekejap membincangkan analisis keputusan PRN Melaka 2026 yang menyaksikan kemenangan besar blok BN-PN, manakala PH hanya memenangi empat kerusi. Apakah faktor di sebalik keputusan ini? Sejauh mana kerjasama BN-PN, pemindahan undi dan perubahan sentimen pengundi mempengaruhi keputusan? Kami turut mengupas prestasi DAP, PKR, BERSATU dan BERSAMA, serta implikasi keputusan ini terhadap politik nasional, Kerajaan MADANI dan percaturan menjelang PRN Sarawak serta PRU akan datang. Terima kasih kepada GV Ride…
EP218 | Tahanan Rumah Najib, Skandal Jensen Huang, Hubungan Malaysia-Taiwan, Gibran Mundur
СлушаноEpisod 218 Keluar Sekejap antaranya membincangkan beberapa isu hangat seperti keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memerintahkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menjalani baki hukuman penjara menerusi tahanan rumah berkuat kuasa serta-merta pada 10 November 2026, serta implikasinya terhadap PRN Melaka yang sedang berlangsung.Episod ini turut membincangkan kontroversi melibatkan CEO NVIDIA, Jensen Huang, susulan dakwaan hubungan sulit dengan individu yang dikaitkan sebagai perisik China serta seorang pekerja syarikat.Selain itu, episod ini mengulas hubungan Malaysia-Taiwan susulan kenyataan Perdana Menteri dalam wawancara bersama Al Jazeera, termasuk implikasinya terhadap hubungan diplomatik Malaysia dan China.Akhir sekali, perbincangan menyentuh isu Naib Presiden Indonesia, Gibran Rakabuming Raka, susulan kontroversi berkaitan kelayakan dan kesahihan sijil pendidikannya serta perkembangan politik yang menyusul.
Can Malaysia Win the AI Race Without Owning the Tech? | Live at MooFest 2026
СлушаноRecorded live at MooFest 2026, hosted by Moomoo Malaysia: https://start.moomoo.com/0IQ9jW Shahril Hamdan sits down with Dennis Jee, CEO of Moomoo Malaysia, and Woody Ang, Managing Director of Pemandu Capital, to unpack Malaysia’s place in the age of AI. Should Malaysia aim to own the technology, or win by building on top of it? The panel explores why the real opportunity may lie at the application layer, from the 1.2 million SMEs driving the economy to the data centre supply chain most investors overlook. Dennis walks the audience through how retail investors can use Moomoo's Investment Themes, Industry Chain and AI tools to look beyond the obvious names, while Woody explains why Pemandu Capital is betting on conventional "non-sexy" businesses that AI can supercharge. Shahril also shares how he uses a panel of AI agents to debate his portfolio every day, and why your own judgement should still carry the day. The conversation closes on careers: the skills young Malaysians need to thrive when AI is part of…
EP 31 #SembangKS | Tinju, Pilihanraya US dan Ruang Angkasa... Rasa Luar Biasa Seluas Angkasa
Слушано🥊 Daripada kutipan RM50 juta dalam masa 49 hari, kepada suspek yang dikejar polis tetapi masih sempat bayar tol… nampaknya minggu ini kita bukan sahaja belajar tentang politik, malah tentang kepentingan menjadi pengguna lebuh raya yang bertanggungjawab. 😂Ada juga segmen KELUAR ANGKASA! Kali ini kita tinggalkan sekejap dunia politik untuk meneroka fakta-fakta menarik tentang angkasa lepas. Tapi bukan setakat planet dan bintang, kita turut menyentuh tentang penampakan UFO di Kuantan. Betul ke ada makhluk asing singgah di Pantai Timur, atau orang Kuantan sebenarnya nampak benda lain? 👽 Mungkin anda boleh melayan segmen ini dengan perisa Corntoz Ring terbaru, corn crush creamy ring, rasa luar biasa seluas angkasa.Tapi daripada semua drama ini, kita masuk pula ke topik utama: PILIHANRAYA US & AI BUBBLE.Macam mana keputusan pilihan raya pertengahan penggal di Amerika Syarikat boleh memberi kesan kepada industri AI dan pelaburan pusat data di Malaysia? Dan adakah kita sedang menyaksikan permulaan kepada gelembung…